Rahasia Di sebalik Kuntuman Bunga Ros – Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantisnya seseorang terhadap pasangannya. Walaupun bunga akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga daripada seseorang tidak dapat dilupakan. Terutamanya, bunga ros.
Rahasia Di sebalik Kuntuman Bunga Ros
Namun begitu, setiap bilangan bunga ros mempunyai maksud dan makna yang berbeza. Ada sebab mengapa seseorang memberikan bunga ros mengikut jumlah-jumlah tertentu. Ada yang akan memberikan sekuntum sahaja, dan ada yang akan memberikan banyak kuntum bunga ros,
Dipetik dan diterjemah dari Roses Meaning, jom baca artikel ni sampai habis untuk mengetahui apakah makna di sebalik kuntuman bunga ros yang diterima!
1 kuntum = Cinta yang sangat luar biasa & hanya buatmu
2 kuntum = Saling menyayangi antara satu sama lain
3 kuntum = Saya cinta kamu (I LOVE YOU)
6 kuntum = Saya ingin menjadi milikmu
9 kuntum = Cinta antara kita berkekalan selamanya
11 kuntum = Hanya awak seorang sahaja yang dicintai dalam hidup ini
12 kuntum = Kepuasan serta keserasian bersama
13 kuntum = Peminat rahsia
24 kuntum = 24 jam selalu ingat dan cinta pada dirimu
33 kuntum = Saya cinta padamu dengan cinta yang mendalam
36 kuntum = Rasa ini hadir kerana awak hadir dalam hidup saya
44 kuntum = Berkekalan dan tidak akan berubah
50 kuntum = Cinta tanpa sebarang penyesalan
56 kuntum = Cintaku
66 kuntum = Hubungan yang berjaya
99 kuntum = Kefahaman dalam cinta dan hubungan menjadikan hubungan kekal lama
100 kuntum = Kesatuan yang harmoni dalam satu abad, kekal sebagai pasangan yang setia ‘hingga usia matang.
101 kuntum = Tiada cinta lain selain awak.
108 kuntum = Kahwin dengan saya
111 kuntum = Cinta sejati
123 kuntum = Kebebasan bercinta
144 kuntum = Menyayangi mu siang, malam dan selamanya tiada henti
365 kuntum = Memikirkan dan menyayangi mu setiap hari
999 kuntum = Cinta yang kekal dan bertahan lama
1001 kuntum = Cinta sejati selamanya
Kesimpulannya, bunga boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Mungkin boleh jadikan sebagai token untuk mereka yang layak mendapatkannya.