Perhatikan 5 Tanda Ini Menunjukkan Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

Hubungan itu melibatkan dua orang. Jika hanya salah seorang yang berusaha dan berjuang untuk hubungan itu ertinya bertepuk sebelah tangan. Bertepuk sebelah tangan memang merupakan satu perkara yang menyakitkan bagi semua orang.

Perhatikan 5 Tanda Ini Menunjukkan Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

Anda menyayanginya sepenuh hati namun si dia tidak membalas perasaan anda. Sebenarnya tanda-tanda cinta bertepuk sebelah tangan boleh dilihat dari layanan serta sikap dia terhadap anda.

Selalu beralasan

Antara tanda-tanda cinta anda bertepuk sebelah tangan adalah bilamana si dia selalu beralasan. Contohnya, bila anda dah menunjukkan usaha ke arah perkahwinan namun si dia tidak bersungguh-sungguh dan kerap memberikan alasan kepada anda.

Bukan “priority”

Menghantar atau mengirimkan mesej juga boleh menjadi salah satu cara untuk melihat sama ada anda “penting” atau tidak. Anda juga boleh melihat respon sama ada dia menyukai anda atau pun tidak. Jika anda penting dan si dia menyukai anda, dia pasti akan membalas mesej anda dengan segera.

Jika dia tidak membalas pesanan anda, boleh menjadi salah satu tanda anda tidak penting dan si dia tidak menyukai anda.

Menjauhkan diri

Tanda yang paling ketara apabila anda bertepuk sebelah tangan adalah apabila si dia menjauhkan diri daripada anda. Walaupun pelbagai usaha anda dah lakukan, namun si dia tetap menjauhkan diri daripada anda.

Ini adalah tanda yang serius bahawa si dia tidak berminat dengan anda. Jangan buang waktu anda, lupakan si dia dan cari sahaja yang lain.

Komunikasi satu hala

Jika sepanjang perkenalan, anda sering menjadi orang yang mengawali setiap komunikasi dan bertanya mengenai kehidupan serta kegiatan kesehariannya ini adalah petanda bahawa cinta anda bertepuk sebelah tangan .

Sesungguhnya, hubungan yang terjalin memerlukan “effort” dari kedua-dua belah pihak. Bukan dari satu pihak sahaja. Jika anda sekarang berada dalam hubungan yang bertepuk sebelah tangan, move on. Lupakan si dia. Cari yang lain. Lebih baik terluka sekarang daripada terluka di sepanjang perhubungan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *