Duit Rasa Tak Cukup, Tapi Nak Kahwin? Amalkan 5 Doa Murah Rezeki Ini

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga mungkin menghadapi masalah dalam kewangan. Sebenarnya untuk berkahwin tidaklah serumit mana, hanya perlu menikah sahaja sudah menjadi suami isteri. Manakala yang merumitkan dan banyak menggunakan duit apabila mengikut adat perlu membuat majlis untuk bersanding.

Duit Rasa Tak Cukup, Tapi Nak Kahwin? Amalkan 5 Doa Murah Rezeki Ini

Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk bersanding, ingin menjadi raja sehari tetapi janganlah sampai membebankan pada diri sendiri sehingga sanggup menghabiskan duit hanya untuk majlis sahaja. Boleh untuk membuat majlis persandingan tetapi perlu menjadi bijak dalam berbelanja. Kita akan rasa pening dimana ingin mencari duit. Barang sekarang bukannya murah seperti dulu, buat dalam jemputan yang tidak ramai pun boleh jejak RM10k. Mesti anda ingin meminta pada Allah untuk dilimpah rezeki serta dimurahkan rezeki. Anda boleh amalkan 5 doa untuk dimurahkan rezeki anda.

Doa ini diambil daripada hadis riwayat Ibnu Majah. Anda boleh praktikkan setelah Solat Subuh.

DOA UNTUK KECUKUPAN

Maksud: Ya Allah, berikanlah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram dan berikanlah aku kekayaan dengan kurniaanMu sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain selainMu. (Hadis riwayat Ahmad)

DOA KEBAHAGIAAN

Maksud: Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungi kami daripada seksa api neraka. (Surah Al-Baqarah ayat 201)

DOA KEPADA ANAS B MALIK

Maksud: Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatilah apa yang Engkau berikan padaku (Hadis riwayat Bukhari).

DOA DARI SURAH AL-MAIDAH

Maksud: Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang sesudah kami dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau. Beri rezekilah kami dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama. (Surah Al-Maidah ayat 114).

Setiap doa ada kenikmatan dan kuasa yang luar biasa. Kalau anda dah mula amalkan doa-doa ini, disertai pula dengan usaha, insyaAllah rezeki itu akan datang tanpa anda duga.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *