Ciri-Ciri Suami Terbaik Idaman Para Isteri Yang Perlu Lelaki Tahu

Ciri-Ciri Suami Terbaik Idaman Para Isteri Yang Perlu Lelaki Tahu – Memiliki suami yang baik adalah impian semua para wanita. Sesungguhnya memiliki suami yang baik adalah antara rezeki yang tidak ternilai buat para isteri.

Sebagai seorang isteri, bukan wang ringgit semata-mata yang diperlukan untuk membentuk keluarga yang bahagia. Ada sesetengah orang, cukup serba serbi tapi tetap tak bahagia kerana suaminya tidak bertanggungjawab.

Suami yang tidak bertanggungjawab dapat mencetuskan huru-hara dan pergaduhan dalam rumah tangga yang dapat menyumbang ke arah perceraian.

Persoalannya, apakah ciri-ciri suami terbaik idaman para isteri? Jom baca artikel ni sampai habis.

Ciri-ciri suami idaman:-

Bimbing serta didik anak dan isteri ke arah yang lebih baik
Bagi yang beragama Islam, perkara paling penting dalam mencari suami adalah dia yang mampu membimbing dan mendidik anda ke jalan yang lebih baik dan diredhai serta berpegang teguh kepada ajaran Islam.

“Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Surah Al-Furqan, ayat 74”

Kita manusia tidak sempurna dan pasti akan ada kekurangannya. Namun, yang paling penting adalah kita sama-sama berusaha ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH rumah tangga juga akan harmoni dan bahagia.

Rajin

Selain itu, antara ciri-ciri suami yang sempurna adalah rajin. Rajin berusaha, rajin mencari duit untuk menyara keluarga, rajin bekerja dan sentiasa mahu menambah pendapatan keluarga asalkan rezekinya halal.

Bertolak ansur

Bertolak ansur adalah perkara penting dalam kehidupan berumah tangga. Setiap perkara perlu dibawa berbincang untuk mendapatkan keputusan yang baik. Sebagai seorang suami dan ketua keluarga, sikap bertolak ansur amatlah penting agar tidak menzalimi keluarga.

Ingat perkara dan tarikh penting

Jika anda seorang lelaki yang tak mampu nak ingat perkara atau tarikh penting, jangan risau. Gunakan saja teknologi yang ada pada zaman ini. Contohnya seperti nota di telefon, boleh juga gunakan Siri bagi pengguna iphone.

Pendengar yang setia

Jadilah seorang suami dan pasangan yang setia mendengar semua luahan sang isteri. Walaupun tak semestinya anda kena bersetuju dengan semua perkara, yang penting anda dengar sahaja luahan si isteri.

Menjaga kata-kata dan pertuturannya

Adab dan kata-kata akan menyerlahkan lagi siapa anda sebenarnya lagi-lagi sikap anda kepada pasangan anda. Wanita inginkan seseorang yang boleh berikan contoh terbaik buat dirinya dan anak-anaknya.

Sebenarnya, banyak lagi ciri-ciri suami terbaik cuma dalam edisi kali ini 6 ciri-ciri sahaja kami berikan.

Kesimpulannya, jadilah yang terbaik buat pasangan anda. Hargai dan sayangi mereka selagi mereka masih ada bersama anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *