5 Soalan Wajib Kepada Pasangan Jika Anda Ta’aruf Online

5 Soalan Wajib Kepada Pasangan Jika Anda Ta’aruf Online – Berkenalan secara online pada zaman sekarang ini tidak asing lagi untuk dilakukan buat mereka yang merancang untuk mencari pasangan hidup. Apabila anda telah membuat keputusan untuk berkenalan secara online calon pasangan, pastikan 7 soalan ini wajib ada tanya kepada calon pasangan tersebut.

5 Soalan Wajib Kepada Pasangan Jika Anda Ta’aruf Online

Bukan apa, ini sebagai langkah pertama untuk anda menapis calon-calon yang ada sebelum melangkah ke hubungan yang lebih serius.

Antara soalan yang perlu anda tanyakan kepada calon pasangan anda :

1. Apakah ciri-ciri dan kriteria pasangan yang diidamkan?

Soalan ini untuk memastikan bahawa kriteria calon pasangan yang diimpikan calon tersebut bersesuaian atau tidak untuk anda meneruskan perkenalan tersebut. Jika terdapat ciri-ciri yang mungkin tidak ada pada diri anda, anda boleh memaklumkan kepada calon tersebut dan menyatakan hal yang sebenar bahawa anda bukan calon yang tepat untuk dirinya.

2. Apakah ciri-ciri dan kriteria bakal menantu emak ayah awak?
Soalan ini penting untuk anda tahu jawapannya supaya tidak ada isu keluarga pasangan tidak merestui atas faktor-faktor tidak memenuhi kriteria calon menantu pilihan emak dan ayahnya. Restu keluarga sangatlah penting. Tidak mahulah perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka sahaja sehinggakan meminggirkan keluarga yang telah banyak berkorban untuk kita.

3. Target umur atau tahun untuk awak menamatkan zaman bujang?

Berterus teranglah dalam meletakkan matlamat untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh yang telah ditetapkan. Bersikap terbuka dalam membincangkan hal tersebut supaya tidak ada pihak yang rasa ternanti-nanti. Boleh jadi juga mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan calon pasangan terlalu rushing untuk menamatkan zaman bujang sehingga merasakan pasangan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan.

4. Persediaan awak dari segi kewangan untuk mendirikan rumah tangga?

Kewangan merupakan nadi selepas berumah tangga nanti. Berterus terang lebih baik apabila melibatkan status kewangan pasangan. Tanyakan secara serius sama ada calon sudah bersedia atau pun mungkin dalam fasa struggle untuk menyimpan dan membuat persediaan persiapan perkahwinan.

5. Adakah awak bersedia untuk menjadi imam/makmum saya?

Soalan ini diajukan kepada calon supaya calon lebih bersedia tentang hala tuju rumah tangga yang dibina bukan atas dasar dunia sahaja, tetapi untuk mengejar akhirat dan syurga-Nya secara bersama. Solat merupakan tiang agama. Jika goyah solatnya, goyahlah tiangnya. Jadi bagaimana untuk memacu rumah tangga dan bercinta sampai syurga?

Dahulukan 5 soalan cadangan ini untuk anda berta’aruf dan menapis calon pasangan sebelum anda melangkah ke fasa seterusnya. Ingatlah proses ta’aruf tidak hanya terhenti setakat 5 soalan ini sahaja. Proses ta’aruf meliputi proses yang amat panjang.

Semoga berjaya mendapat pasangan yang melengkapi kehidupan anda. Selamat mencuba!

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *