5 Ciri Lelaki Idaman Rugi Kalau Wanita Lepaskan

5 Ciri Lelaki Idaman Rugi Kalau Wanita Lepaskan – Setiap daripada kita pastinya menginginkan pasangan yang memenuhi kriteria idaman dan mengikut pilihan hati. Tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, fitrahnya akan tertarik kepada seseorang yang berjaya menambat hatinya.

5 Ciri Lelaki Idaman Rugi Kalau Wanita Lepaskan

Tidak hairanlah jika ingin membeli dan membuat pemilihan telefon bimbit pun, pastinya empunya diri akan menginginkan sesuatu yang memenuhi ciri-ciri idaman. Lagi pula, kalau pemilihan pasangan ini melibatkan proses untuk kita hidup bersamanya dalam tempoh yang sangat panjang.

Perkongsian artikel kali ini tentang 8 ciri lelaki idaman kalbu yang tidak sepatutnya anda lepaskan. Kalau jumpa lelaki single yang ada ciri-ciri ini, jangan segan untuk memulakan salam perkenalan ya!

1. Bertanggungjawab

Kadang bukan faktor si dia itu lebih handsome menyebabkan hati seorang wanita itu terpikat. Tetapi, sikap bertanggungjawab yang ditonjolkan oleh si dia membuatkan hati tertawan. Bukan sahaja bertanggungjawab terhadap apa yang sahaja yang dilakukan, tetapi si dia bertanggungjawab terhadap ibu bapa yang masih di bawah jagaannya.

2. Tahu dan faham bab agama

Tahu dan faham sahaja bab urusan agama ini tidak cukup ya. Si dia harus mempraktikkan segala yang diketahui dan difahaminya dalam urusan seharian.

Contohnya, seorang lelaki itu tahu dan faham tentang kewajipan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Tetapi, jika mereka hanya sekadar tahu dan faham tetapi tidak melaksanakan ibadah tersebut, sebenarnya tiada gunanya.

3. Menghormati orang tua

Bukan hanya kepada kedua-dua ibu bapanya, tetapi sikap hormat yang ditunjukkan si dia dalam melayani orang tua kita membuatkan hati bertambah yakin si dia adalah orang yang tepat untuk dijadikan suami.

4. Pendengar yang setia

Setiap bait kata-kata yang diucapkan, si dia bersedia untuk mendengar. Tiada kata-kata yang memotong percakapan membuatkan diri kita rasa didengari. Jika ada masalah yang diceritakan, segala maklum balas dari si dia jelas menunjukkan kematangan sehingga membuatkan diri bertambah selasa.

5. Boleh bertolak ansur

Banyak keputusan dalam kehidupan yang perlu dibuat dan dibincangkan bersama ketika dalam proses menguruskan urusan perkahwinan. Setelah itu, sepanjang tempoh perkahwinan juga, perbincangan antara pasangan perlu dilakukan dan tidak hanya membuat keputusan sendiri mengikut sesuka hati. Juga sangat menyenangkan hati sebenarnya apabila si dia mudah diajak berbincang. InsyaAllah, isu terasa hati dengan pasangan dapat dikurangkan.

Semoga kita semua dapat memiliki pasangan idaman, penyejuk mata dan menenangkan hati.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *