Anak – anak ibarat kain putih yang akan diwarnai dengan warna – warni kehidupan. Siapakah anak pada masa depan dan baik buruk anak bergantung pada ibu bapa yang mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia.
5 CIRI – CIRI IBU BAPA YANG TOKSIK PADA ANAK – ANAK
Ramai ibu bapa mendambakan anak yang soleh dan solehah, inginkan anak yang berjaya dan bertanggungjawab tapi ramai ibu bapa yang tidak sedar dalam mereka mendidik anak, mereka telah memberi satu kesan yang buruk pada anak.
Adakah anda ibu bapa yang toksik pada anak – anak anda? Jom semak list di bawah ini.
SUKA KRITIK DAN SALAHKAN ANAK – ANAK
Apa yang anak buat semua tak kena. Itu salah, ini salah. Lama – lama tension anak tu. Bukan sahaja anak tension tapi sikap ibu bapa yang begini akan buat anak hilang keyakinan diri.
KERAP UNGKIT APA YANG DILAKUKAN OLEH ANAK
“Hari tu abang dah hilangkan duit, nanti hilang lagi”. Pernah tak ibu bapa ulang perkataan yang sama atas satu – satu kesalahan anak? Jika ya, anda perlu berhati – hati. Anda bukan sahaja hilang kepercayaan pada anak tapi anak juga hilang kepercayaan diri sendiri.
EGO DAN SELALU BERCAKAP DENGAN NADA TINGGI
Bercakap dengan anak perlu ada sifat kasih sayang. Tapi jika anak baru mintak tolong dah kena “tempik” dengan ibu bapa, tidak ke terasa hati anak tersebut. Anak akan fikir yang ibu bapanya selalu marah – marah. Faham, mungkin anda ingin tegas dengan anak tapi perlu kena dengan gaya.
TIDAK BERI RUANG UNTUK ANAK LUAHKAN PERASAAN ATAU EMOSI
“Abang jangan menangis, orang lelaki mana boleh menangis”. Siapa kata orang lelaki tak boleh menangis terutama anak yang masih kecil. Itulah cara untuk mereka expressions perasaan mereka. Biarlah anak itu nak luahkan rasa marah, gembira atau tak suka mereka dari mereka pendamkan perasaan itu. Sebagai ibu bapa, kita perlu mendengar apa yang diluahkan.
SUKA MENGAWAL TINDAK-TANDUK DAN KEPUTUSAN ANAK
A to Z semua dah diatur oleh ibu bapa. Nak itu tak boleh, nak ini tak boleh. Kalau hidup kita diatur macam itu pun kita tak suka. Macam tu juga dengan anak – anak. Bila kita beri peluang dan biar anak buat keputusan, bukan bererti kita bagi anak kebebasan. Tapi dari situ anak akan tahu untuk buat keputusan dan jadi seorang yang berdikari kelak.
Anak adalah cerminan diri kita. Macam mana kita didik, macam itulah dia nanti. Sebagai ibu bapa, kita nak yang terbaik untuk anak. Mendidik biar berpada – pada. Jangan jadi ibu bapa yang toksik pada anak – anak kerana ia akan memberi kesan yang tidak sihat pada anak. Dan tak mustahil jika anak akan buat perkara yang sama pada adik – beradik yang lain.